KITA JADI REMAJA YANG ENJOY!!!!

TAK PERLU BERCERITA TENTANG DIRI KITA.. YANG KITA ANGGAP TERLALU PERIBADI~~
Lagipun itu bukan masalah diorang..tak kisah la ape mereka nak cakap…atau apa-apa cerita atau benda yang kamu rasa itu boleh memalukan kamu..so tak payah cerita…sebagai contoh: kamu masih mempunyai bantal busuk..atau kamu masih bermain dengan teddy bear…shhh..tak yah story..senyap sudey..


HARGAI DIRI KITA DAN PENDAPAT KITA~~
Masa remaja ni satu pekara yang normal adalah…cari kawan yang satu kepala dengan kita…jika kamu rasa kawan tu tak sesuai dengan kita..tak mengapa…cuba lebih mengenali mereka…dan jika rasa tak leh nak join…itu perkara biasa ok…malahan orang yang dah lama hidup (orang dewasa)hadapi pekara yang sama tau..`so who care!!’..


HARGAI ZAMAN REMAJA KITA..DAN INGAT APE ITU `GROWN UP’
Percaya tak?..ade lagi orang yang dah tua tapi perangai macam remaja..hahaha..menjadi dewasa ada berbagai makna ..di usia remaja ini lah kita harus belajar apa makna tanggungjawab..ambil kira pendapat kita dan mendengar nasihat orang yang lebih tua dari kita..bersesuaian dengan usia remaja kita..dan masih lagi enjoy and have fun..ingat lah usia remaja hanya datang sekali dalam hidup kita…dan ingat lah apa yang kamu rancang sekarang ini akan menentukan siapa kamu dimasa akan datang…


BERKEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI..
Sifat yakin pada diri sendiri merupakan kekuatan individu..kalau kamu berkeyakinan(confident)…kamu akan disenangi oleh kekawan..percaya lah..sepanjang tumbesaran..banyak perubahan akan berlaku..so takyah risau jika kamu rasa kamu tak cukup cool…tak cantik atau tak macho…sebab apabila kamu dah dewasa kamu akan berubah seperti apa yang kamu mahukan…


JADI SEORANG YANG JUJUR DAN ELAKKAN DIRI ANDA DARI BERBOHONG..
Jangan jadi pembohong kerana ia akan terbawa-bawa hingga kamu dewasa..so cuba elakkan diri anda dari berbohong..dan jadi seorang yang jujur pada diri sendiri atau orang lain…


JADILAH REMAJA YANG SIHAT…
Tak perlu ikut kan hati nak makan..nanti boleh menyebabkan obesity…dan jangan terlampau nak ikut kan model-model cat walk…sampai kurus kering dan ini akan menyebabkan..kesihatan dan pertumbuhan kamu akan terganggu~


BERSOSIAL~
Join sukan,berpersatuan dan apa-apa pun aktiviti yang dianjurkan join la sama…bergaul lah seramai mungkin..serlahkan lah bakat kamu..baru lah gempak!!..kalau kamu rasa nak ada teman yang istimewa pon takpe..asal jaga dan tidak melebihi batas-batas yang dilarang oleh agama…atau jangan over sangat..kerana itu sangat merbahaya!!!...ingat tu..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Cameraku..bf ku~~

Entah kenapa hari ini aku tetibe rindu pulak kat camera aku..tetibe rasa macam nak bebaik semula dengan camera aku..setelah lebih kurang tiga minggu aku tinggalkan…hurmm..
Buka bag hitam yang bertulis `canon’…tu lah `bf’aku yang aku tinggal kat dalam almari aku..kesian dia..dia seolah-olah macam merajuk kat aku….berdebu..aku buka..lap(sebab dah lama tak lap ada kesan jari)
Entah lah rasa macam nak `shot’ apa-apa je depan aku…tv..meja..langsir..tetibe…hahah…maybe sebab rindu kot kat `bf’aku ni..haha.tapi rasa macam tak ada idea nak `shot’ apa..last sekali aku ambik picx sendiri pakai stand camera… posing depan camera sesorang…hahah..takde keje dikala bosan…
Seperti orang selalu cakap..nak terlibat hobi `photography’ ni perlu belajar cara-cara nak `shot’…tapi bagi aku tak payah!..xperlu sampai ke universiti pon…
`photography’ ni ibarat hobi seni..yang ilham datang dengan tetibe…percaya kah anda..kalau kita dalam emosi yang tak stabil picx yg kita `shot’ pon akan dapat tempiasnya…semua yang kita `shot’ari tu akan jadi serba tak kena…hahahah..
Aku masih ingat la memula aku aku terlibat dengan hobi `photography’ ni..masa tu aku `form’ 3..time tu nak sangat camera…aku pergi kedai kat Bandar Kuala Terengganu…survey…dulu..
Tetibe..terlihat la `canon 1000D’ yang masa tu baru 3 hari kuar…memang panas lagi ar!!..aku jatuh chenta dengan itu camera…huhuh..walaupun apek kedai tu promote baik `nikon’hati aku tetap pada canon…tah la orang kata chenta pandang pertama…(orang lain chenta pandang pertama kat manusia..aku camera pon jadi la..sebab kat dunia ni manusia dah xde kot…atau pon tak ketemu lagi…ahaks!!)…time tu canon 1000D memang baru ar..terasa panas lagi sebab baru kuar dari kilang!!hohoho…bila tengok harga…wow!! Rm2000++…hurmmm..mane aku nak cekop duit..time tu aku baru form3..dak kecik mana la ada duit sebanyak tu nak beli camera..mahal pulak tu..huhuh..owh duit aku ade sikit…nanti aku balik aku bodek mama…hahahah..harap-harap dia nak tong-tong duit..hehe
Aku pon balik la dalam keadaan `frust’..sebab camera yang aku nak tak dapat…huhu..sebelah malam aku duduk tepi mama…


Aku:mama eyra tengok camera tadi kat Bandar…hebat tau mama camera tu…eyra bekenan pulak…tapi pitih(duit) tak cukup..tapi rasa macam nak!!

Mama:berapa ringgit?..

Aku:Rm2000++ mama…

Mama:ish..ish..ish..mahal la eyra..

Aku:eyra ada sikit pitih(duit) mama tambah sikit leh?..

Mama:berapa?

Aku:dalam Rm1000…

Mama:nanti mama Tanya abah..ok..

Aku:..yess!!

Keesokannya mama bagitau yang abah sudi bagi Rm1000 kerana sokongan dia terhadap hobi aku ni…apa lagi punyalah happy aku hari tu….dan hari tu jugak aku bawa mama kekedai beli `canon 1000D’ yang jadi `bf’ aku sekarang…hinggakan kemana aku pergi disituah aku bawa `bf’ aku ni…J
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Eyra happy sangat hari ni..


Hari ini eyra happy sangat `dia’ call eyra….yess! `dia’ call…macam tak sangka lepas kami chat..tetiba dia kata nak call..eyra punya la gelabah sebab masa tu pagi..`handphone’ entah letak kat mana pun dah lupa..huhu..rasa terharu pun ada…sebab `dia’ sanggup call eyra dari uk…
Kami berbual hampir sejam..lama kan?..tapi kenapa eyra rasa macam sekejap…hahaha
Banyak yang kami bualkan…eyra suka cara `dia’ bercakap…`dia’ jauh lebih matang dari usia `dia’…walaupun dia sibuk dengan `exam’tapi `dia’ sanggup luangkan masa berbual dengan eyra…terima kasih `dia’ kerana sudi call eyra…exam buat elok- elok tau…
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Photobucket


HAPPY BIRTHDAY GUPPY~~


Hari ini 16 January birthday guppy iaitu cuzzie ku..yang berada di Perlis…rindu sangat kat dia…walaupun kami jauh tapi kecanggihan handphone mendekatkan kami…dan kami meraikan birthday guppy bersama-sama dengan menggunakan 3G…atuk dan nenek pun ada waktu itu…hurmm...rindu mereka….uncu pun yang berada di Putrajaya meraikan menggunakan 3G…kami seperti ada kat sana…gembira..gelak ketawa..walaupun masing-masing menggunakan screen handphone sudah cukup menghilangkan rindu kami…..walaupun kami jauh tapi kami saling dekat dihati…
Happy birthday guppy…we love u so much…muahhh…
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Photobucket


KEJAM~~


Hati ni tersentuh setiap kali melihat kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin hingga mengakibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak …bayi....,orang-orang tua .dan ibu yang kehilangan anak mereka..suami yang kehilangan isteri..dan lebih menyentuh hati aku apabila kanak-kanak yang tak bersalah kehilangan ibu dan ayah mereka..YATIM PIATU…kenapa?..kenapa ini berlaku?..masih ada lagi kah manusia kejam di dunia ini?emmm…itulah yang sedang berlaku di Palestin..kekejaman..pembunuhan beramai-ramai yang telah berlaku di Palestin…ya allah…lindungi mereka ya allah…selamatkan lah mereka..yang tak bersalah…anak –anak kecil yang menangis…orang-orang tua yang tidak berdaya..suami isteri yang kehilangan anak mereka…. ya allah..
Tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata keadaan rakyat Palestin yang hidup dalam ketakutan…
Sakitnya tubuh mereka…hancurnya hati mereka…kecewanya mereka… rindunya mereka pada ibu dan ayah..rindunya mereka pada orang yang tersayang…laparnya mereka…hurmmm..

Anak kecil yang baru nak mengenali dunia perlukah mereka hadapi semua ni…
Anak- anak kecil yang comel…menjadi cacat kerana kerakusan Israel..
Orang-orang tua mati kerana kekejaman Israel…
Ibu ayah yang kehilangan anak kerana keganasan rejim zionis..
Kekejaman mereka memang tiada tolak bandingnya…ISRAEL memang JAHAT!!! ZALIM…


Ya allah betapa bertuahnya aku…hidup dibumi Malaysia…ni..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
SAHABAT~~


Hari ni sesi pertama pembelajaran sudah bermula...tapi...macam-macam aktiviti telah dianjurkan..bla..bla..bla…aku dah macam tak sabar dah nak belajar(cewahh)..bosang dowh duduk umah....seperti biasa...sampai sekolah pukul 7.50am...dan seperti biasa jugak kena tulis name(sebab datang lewat)…gagagaga sampai je kat sekolah…seperti biasa…ezzzzzz awak nak kemane tu meh kat sini tulis nama jangan nak lari pulak!!!!! Ade je org yang jerit kat aku…siyes aku rindu suasana macam ni..dah sebulan lebih aku tinggalkan sekolah ss ni…rindu giler!!...masuk je kat class..cikgu dah tercegat kat meja….

Aku:selamat pagi cikgu..(buat muka tak bersalah)

Cikgu:ezz..bakpe sampai lewak…(dailek ganu)

Aku: jem cikgu..sebab kat durian burung jalan orang tengoh bekki(baiki#)..(kalis yang paling berkesan)hohoho..

Cikgu:owh..dakpe ahh…awok gi duduk kat tempat awok..

Aku:terima kasih cikgu…
Maka bermulalah subjek pertama tahun ni…dengan add math..yess!! aku memang minat add math..


Jam menunjukkan dah nak dekat 10.15am…mcm tau-tau je perut aku mula keroncong…`lapo weh’
Ringgg!! Loceng bunyi…wahh!! dah rehat..

Yana:oitt!ezz jom gi kantin rindu giler kat mee sup makcik kantin…

Aku:memang doh rindu weh tapi mu belanja aku ar!! Rindu kat air sirap makcik kantin..hahaha

Yana:ok..aku belanja..

Aku:yeayyy…

Yana kawan baik aku…dari sekolah rendah kami bersama dan tak pernah berenggang..siyes aku sayang giler kat dia…dia ah teman aku susah..teman aku senang..teman aku nangis..dia memang kawan baik aku…

Yana:ezz mu perasan dok muke mu nampak putih and cubby sikit.
.
Aku:sebulan duduk dumoh dowh..tapi cube mu tunggu seminggu lagi….mu tengok ar hitam mula engkara `sunburn’….

Sekolah aku memang hampir sangat dengan laut…dan diantara sekolah paling lama di Bandar Kuala Terengganu..dan dikenali sekolah cluster yang paling mantap prestasi(cewahh puji sekolah sendiri…I LOVE U SS)dan antara sekolah yang paling luas kawasannya…dan…angin pantai tak yah cakap ar…perghhh..memang nyaman dan cantik…tapi sedikit panas..sebab hampir dengan laut….

Ring!!loceng bunyi..
Semua dak ss masuk ke class masing-masing…
Pelajaran diteruskan…sehinggalah kol 1.00pm
Balik pukul 1.00 (untuk bulan januari sahaja)..
Bila loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah abis…..
Bising(takyah nak cakap ar la time tu) sebab masing-masing cari kawan masing-masing..termasuk aku ngan yana…cari eda...anis…sara..anna..tasya..aku rindu korang….

Aku:Wasuppp!!! lame siod tak lepak ngan korang…weh jom kita beli air jagung kat bawah jejantas!!

Anis:set!!!ezz belanja…

Aku:no hal maaa…jom ar..kita gi aku belanje…

Kekawan:yeay!!!..sonok sangat…sebab kami berkumpul balik…
Minum-minum…makan kopok leko..jam dah kul 2.00pm…tetibe ternampaklah kereta mak aku…
Aku:ok lah makcik..berape semua?..

Makcik:lapan riyar(ringgit)…

Aku:dah…(sambil mengulur duit lapan ringgit)
Ok lah beb aku chow lu mak aku dah sampai…

Kekawan.:.ok ezz thanks…aku sayam ke mu…esok kita lepak lagi..

Aku:no hal …ok set..esok anis belanja pulak!!.. esok kita lepak kat kantin jekk

Anis:ok lah..aku belanja nasi ayam..set!

Kekawan:yeayyy…makan free lagi..

Sampai dalam kereta..aku tersenyum puas kerana jumpe kekawan yang dah sebulan lebih tak lepak sesame…
Sambil berfikir…kalau lah aku tak jumpe kawan aku lepas spm nanti…ape yang aku rasa…
sedih!!!huhuhu..tapi itulah kenyataan yang harusku terima...Inilah yang dipanggil kawan sejati...semoga kami berjaya dalam hidup kami didunia dan akhirat....insyaallah...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
KISAH MAKCIK DAN ANAK IKANNYA…

Sejak dua menjak ni banyak yang kita dengar kisah pompuan tua kawin dengan lelaki muda..hahahah…macam pelik kan?..tapi itulah yang berlaku sekarang ni…benda yang pelik boleh jadi popular..baik artis..personaliti..mahupun ahli sukan…ramai yang minat bela anak ikan…come on la makcik..come on la..guys…kalau korang pilih makcik-makcik..sape pulak nak pilih kita orang yang muda-muda ni…tak kan kita orang yang muda-muda ni nak cari pakcik-pakcik yang dah bongkok nak buat suami…hahaha plszz la….cuba bayangkan kalau perbezaan umur 3..4..tahun boleh gak tahan…ni ade yang sampai 10…15..tahun beza!! Tak ke giler name nya..kawin sekejap bini dah nyanyok....hahahah…kelako siod…tapi bak kata perpatah orang melayu..cinta tak mengenal usia…mungkin kah?...
Tapi bagi pandapat aku…memang cinta tak mengenal usia…sebab cinta tu datang dengan sendiri..kekadang kita tak pernah tengok muka orang tu hanya melalui chatting je kita dah jatuh cinta…boleh kah?...ini kan lagi kita kenal..selalu jumpe...dah tahu si dia macam mane…keikhlasan ..kebaikan..kejelitaan…kerana apabila hati sudah terpaut…cinta telah bersemi kita boleh tolak ketepi soal usia… begitu lah…manusia…



Photobucket
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 bulan berbicara~~
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates