KENAPA AKU KATAKAN AKU PENYAYANG


Kenapa aku katakan aku penyayang…
Kerana aku sangat mencintaimu…
Sedangkan engkau menolak cintaku…

Kenapa aku katakan aku penyayang…
Kerana aku sering menjaga perasaanmu
Sedangkan engkau melukaiku...

Kenapa aku katakan aku penyayang…
Kerana aku sering merinduimu..
Sedang engkau semudah itu melupaiku..

Kenapa aku katakan aku penyayang…
Kerana aku melukis gambarmu dalam hatiku..
Sedangkan engkau padamkan memori indah bersamaku..

Kenapa aku katakan aku penyayang..
Kerana aku sering bersamamu..
Sedangkan engkau meninggalkanku..

Kenapa aku katakan aku penyayang…
Kerana aku punya hati dan perasaan..
Sedang engkau terus membisu…




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
KITA JADI REMAJA YANG ENJOY!!!!

TAK PERLU BERCERITA TENTANG DIRI KITA.. YANG KITA ANGGAP TERLALU PERIBADI~~
Lagipun itu bukan masalah diorang..tak kisah la ape mereka nak cakap…atau apa-apa cerita atau benda yang kamu rasa itu boleh memalukan kamu..so tak payah cerita…sebagai contoh: kamu masih mempunyai bantal busuk..atau kamu masih bermain dengan teddy bear…shhh..tak yah story..senyap sudey..


HARGAI DIRI KITA DAN PENDAPAT KITA~~
Masa remaja ni satu pekara yang normal adalah…cari kawan yang satu kepala dengan kita…jika kamu rasa kawan tu tak sesuai dengan kita..tak mengapa…cuba lebih mengenali mereka…dan jika rasa tak leh nak join…itu perkara biasa ok…malahan orang yang dah lama hidup (orang dewasa)hadapi pekara yang sama tau..`so who care!!’..


HARGAI ZAMAN REMAJA KITA..DAN INGAT APE ITU `GROWN UP’
Percaya tak?..ade lagi orang yang dah tua tapi perangai macam remaja..hahaha..menjadi dewasa ada berbagai makna ..di usia remaja ini lah kita harus belajar apa makna tanggungjawab..ambil kira pendapat kita dan mendengar nasihat orang yang lebih tua dari kita..bersesuaian dengan usia remaja kita..dan masih lagi enjoy and have fun..ingat lah usia remaja hanya datang sekali dalam hidup kita…dan ingat lah apa yang kamu rancang sekarang ini akan menentukan siapa kamu dimasa akan datang…


BERKEYAKINAN PADA DIRI SENDIRI..
Sifat yakin pada diri sendiri merupakan kekuatan individu..kalau kamu berkeyakinan(confident)…kamu akan disenangi oleh kekawan..percaya lah..sepanjang tumbesaran..banyak perubahan akan berlaku..so takyah risau jika kamu rasa kamu tak cukup cool…tak cantik atau tak macho…sebab apabila kamu dah dewasa kamu akan berubah seperti apa yang kamu mahukan…


JADI SEORANG YANG JUJUR DAN ELAKKAN DIRI ANDA DARI BERBOHONG..
Jangan jadi pembohong kerana ia akan terbawa-bawa hingga kamu dewasa..so cuba elakkan diri anda dari berbohong..dan jadi seorang yang jujur pada diri sendiri atau orang lain…


JADILAH REMAJA YANG SIHAT…
Tak perlu ikut kan hati nak makan..nanti boleh menyebabkan obesity…dan jangan terlampau nak ikut kan model-model cat walk…sampai kurus kering dan ini akan menyebabkan..kesihatan dan pertumbuhan kamu akan terganggu~


BERSOSIAL~
Join sukan,berpersatuan dan apa-apa pun aktiviti yang dianjurkan join la sama…bergaul lah seramai mungkin..serlahkan lah bakat kamu..baru lah gempak!!..kalau kamu rasa nak ada teman yang istimewa pon takpe..asal jaga dan tidak melebihi batas-batas yang dilarang oleh agama…atau jangan over sangat..kerana itu sangat merbahaya!!!...ingat tu..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Cameraku..bf ku~~

Entah kenapa hari ini aku tetibe rindu pulak kat camera aku..tetibe rasa macam nak bebaik semula dengan camera aku..setelah lebih kurang tiga minggu aku tinggalkan…hurmm..
Buka bag hitam yang bertulis `canon’…tu lah `bf’aku yang aku tinggal kat dalam almari aku..kesian dia..dia seolah-olah macam merajuk kat aku….berdebu..aku buka..lap(sebab dah lama tak lap ada kesan jari)
Entah lah rasa macam nak `shot’ apa-apa je depan aku…tv..meja..langsir..tetibe…hahah…maybe sebab rindu kot kat `bf’aku ni..haha.tapi rasa macam tak ada idea nak `shot’ apa..last sekali aku ambik picx sendiri pakai stand camera… posing depan camera sesorang…hahah..takde keje dikala bosan…
Seperti orang selalu cakap..nak terlibat hobi `photography’ ni perlu belajar cara-cara nak `shot’…tapi bagi aku tak payah!..xperlu sampai ke universiti pon…
`photography’ ni ibarat hobi seni..yang ilham datang dengan tetibe…percaya kah anda..kalau kita dalam emosi yang tak stabil picx yg kita `shot’ pon akan dapat tempiasnya…semua yang kita `shot’ari tu akan jadi serba tak kena…hahahah..
Aku masih ingat la memula aku aku terlibat dengan hobi `photography’ ni..masa tu aku `form’ 3..time tu nak sangat camera…aku pergi kedai kat Bandar Kuala Terengganu…survey…dulu..
Tetibe..terlihat la `canon 1000D’ yang masa tu baru 3 hari kuar…memang panas lagi ar!!..aku jatuh chenta dengan itu camera…huhuh..walaupun apek kedai tu promote baik `nikon’hati aku tetap pada canon…tah la orang kata chenta pandang pertama…(orang lain chenta pandang pertama kat manusia..aku camera pon jadi la..sebab kat dunia ni manusia dah xde kot…atau pon tak ketemu lagi…ahaks!!)…time tu canon 1000D memang baru ar..terasa panas lagi sebab baru kuar dari kilang!!hohoho…bila tengok harga…wow!! Rm2000++…hurmmm..mane aku nak cekop duit..time tu aku baru form3..dak kecik mana la ada duit sebanyak tu nak beli camera..mahal pulak tu..huhuh..owh duit aku ade sikit…nanti aku balik aku bodek mama…hahahah..harap-harap dia nak tong-tong duit..hehe
Aku pon balik la dalam keadaan `frust’..sebab camera yang aku nak tak dapat…huhu..sebelah malam aku duduk tepi mama…


Aku:mama eyra tengok camera tadi kat Bandar…hebat tau mama camera tu…eyra bekenan pulak…tapi pitih(duit) tak cukup..tapi rasa macam nak!!

Mama:berapa ringgit?..

Aku:Rm2000++ mama…

Mama:ish..ish..ish..mahal la eyra..

Aku:eyra ada sikit pitih(duit) mama tambah sikit leh?..

Mama:berapa?

Aku:dalam Rm1000…

Mama:nanti mama Tanya abah..ok..

Aku:..yess!!

Keesokannya mama bagitau yang abah sudi bagi Rm1000 kerana sokongan dia terhadap hobi aku ni…apa lagi punyalah happy aku hari tu….dan hari tu jugak aku bawa mama kekedai beli `canon 1000D’ yang jadi `bf’ aku sekarang…hinggakan kemana aku pergi disituah aku bawa `bf’ aku ni…J
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Eyra happy sangat hari ni..


Hari ini eyra happy sangat `dia’ call eyra….yess! `dia’ call…macam tak sangka lepas kami chat..tetiba dia kata nak call..eyra punya la gelabah sebab masa tu pagi..`handphone’ entah letak kat mana pun dah lupa..huhu..rasa terharu pun ada…sebab `dia’ sanggup call eyra dari uk…
Kami berbual hampir sejam..lama kan?..tapi kenapa eyra rasa macam sekejap…hahaha
Banyak yang kami bualkan…eyra suka cara `dia’ bercakap…`dia’ jauh lebih matang dari usia `dia’…walaupun dia sibuk dengan `exam’tapi `dia’ sanggup luangkan masa berbual dengan eyra…terima kasih `dia’ kerana sudi call eyra…exam buat elok- elok tau…
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Photobucket


HAPPY BIRTHDAY GUPPY~~


Hari ini 16 January birthday guppy iaitu cuzzie ku..yang berada di Perlis…rindu sangat kat dia…walaupun kami jauh tapi kecanggihan handphone mendekatkan kami…dan kami meraikan birthday guppy bersama-sama dengan menggunakan 3G…atuk dan nenek pun ada waktu itu…hurmm...rindu mereka….uncu pun yang berada di Putrajaya meraikan menggunakan 3G…kami seperti ada kat sana…gembira..gelak ketawa..walaupun masing-masing menggunakan screen handphone sudah cukup menghilangkan rindu kami…..walaupun kami jauh tapi kami saling dekat dihati…
Happy birthday guppy…we love u so much…muahhh…
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Photobucket


KEJAM~~


Hati ni tersentuh setiap kali melihat kekejaman rejim zionis terhadap rakyat Palestin hingga mengakibatkan kehilangan nyawa kanak-kanak …bayi....,orang-orang tua .dan ibu yang kehilangan anak mereka..suami yang kehilangan isteri..dan lebih menyentuh hati aku apabila kanak-kanak yang tak bersalah kehilangan ibu dan ayah mereka..YATIM PIATU…kenapa?..kenapa ini berlaku?..masih ada lagi kah manusia kejam di dunia ini?emmm…itulah yang sedang berlaku di Palestin..kekejaman..pembunuhan beramai-ramai yang telah berlaku di Palestin…ya allah…lindungi mereka ya allah…selamatkan lah mereka..yang tak bersalah…anak –anak kecil yang menangis…orang-orang tua yang tidak berdaya..suami isteri yang kehilangan anak mereka…. ya allah..
Tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata keadaan rakyat Palestin yang hidup dalam ketakutan…
Sakitnya tubuh mereka…hancurnya hati mereka…kecewanya mereka… rindunya mereka pada ibu dan ayah..rindunya mereka pada orang yang tersayang…laparnya mereka…hurmmm..

Anak kecil yang baru nak mengenali dunia perlukah mereka hadapi semua ni…
Anak- anak kecil yang comel…menjadi cacat kerana kerakusan Israel..
Orang-orang tua mati kerana kekejaman Israel…
Ibu ayah yang kehilangan anak kerana keganasan rejim zionis..
Kekejaman mereka memang tiada tolak bandingnya…ISRAEL memang JAHAT!!! ZALIM…


Ya allah betapa bertuahnya aku…hidup dibumi Malaysia…ni..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
SAHABAT~~


Hari ni sesi pertama pembelajaran sudah bermula...tapi...macam-macam aktiviti telah dianjurkan..bla..bla..bla…aku dah macam tak sabar dah nak belajar(cewahh)..bosang dowh duduk umah....seperti biasa...sampai sekolah pukul 7.50am...dan seperti biasa jugak kena tulis name(sebab datang lewat)…gagagaga sampai je kat sekolah…seperti biasa…ezzzzzz awak nak kemane tu meh kat sini tulis nama jangan nak lari pulak!!!!! Ade je org yang jerit kat aku…siyes aku rindu suasana macam ni..dah sebulan lebih aku tinggalkan sekolah ss ni…rindu giler!!...masuk je kat class..cikgu dah tercegat kat meja….

Aku:selamat pagi cikgu..(buat muka tak bersalah)

Cikgu:ezz..bakpe sampai lewak…(dailek ganu)

Aku: jem cikgu..sebab kat durian burung jalan orang tengoh bekki(baiki#)..(kalis yang paling berkesan)hohoho..

Cikgu:owh..dakpe ahh…awok gi duduk kat tempat awok..

Aku:terima kasih cikgu…
Maka bermulalah subjek pertama tahun ni…dengan add math..yess!! aku memang minat add math..


Jam menunjukkan dah nak dekat 10.15am…mcm tau-tau je perut aku mula keroncong…`lapo weh’
Ringgg!! Loceng bunyi…wahh!! dah rehat..

Yana:oitt!ezz jom gi kantin rindu giler kat mee sup makcik kantin…

Aku:memang doh rindu weh tapi mu belanja aku ar!! Rindu kat air sirap makcik kantin..hahaha

Yana:ok..aku belanja..

Aku:yeayyy…

Yana kawan baik aku…dari sekolah rendah kami bersama dan tak pernah berenggang..siyes aku sayang giler kat dia…dia ah teman aku susah..teman aku senang..teman aku nangis..dia memang kawan baik aku…

Yana:ezz mu perasan dok muke mu nampak putih and cubby sikit.
.
Aku:sebulan duduk dumoh dowh..tapi cube mu tunggu seminggu lagi….mu tengok ar hitam mula engkara `sunburn’….

Sekolah aku memang hampir sangat dengan laut…dan diantara sekolah paling lama di Bandar Kuala Terengganu..dan dikenali sekolah cluster yang paling mantap prestasi(cewahh puji sekolah sendiri…I LOVE U SS)dan antara sekolah yang paling luas kawasannya…dan…angin pantai tak yah cakap ar…perghhh..memang nyaman dan cantik…tapi sedikit panas..sebab hampir dengan laut….

Ring!!loceng bunyi..
Semua dak ss masuk ke class masing-masing…
Pelajaran diteruskan…sehinggalah kol 1.00pm
Balik pukul 1.00 (untuk bulan januari sahaja)..
Bila loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah abis…..
Bising(takyah nak cakap ar la time tu) sebab masing-masing cari kawan masing-masing..termasuk aku ngan yana…cari eda...anis…sara..anna..tasya..aku rindu korang….

Aku:Wasuppp!!! lame siod tak lepak ngan korang…weh jom kita beli air jagung kat bawah jejantas!!

Anis:set!!!ezz belanja…

Aku:no hal maaa…jom ar..kita gi aku belanje…

Kekawan:yeay!!!..sonok sangat…sebab kami berkumpul balik…
Minum-minum…makan kopok leko..jam dah kul 2.00pm…tetibe ternampaklah kereta mak aku…
Aku:ok lah makcik..berape semua?..

Makcik:lapan riyar(ringgit)…

Aku:dah…(sambil mengulur duit lapan ringgit)
Ok lah beb aku chow lu mak aku dah sampai…

Kekawan.:.ok ezz thanks…aku sayam ke mu…esok kita lepak lagi..

Aku:no hal …ok set..esok anis belanja pulak!!.. esok kita lepak kat kantin jekk

Anis:ok lah..aku belanja nasi ayam..set!

Kekawan:yeayyy…makan free lagi..

Sampai dalam kereta..aku tersenyum puas kerana jumpe kekawan yang dah sebulan lebih tak lepak sesame…
Sambil berfikir…kalau lah aku tak jumpe kawan aku lepas spm nanti…ape yang aku rasa…
sedih!!!huhuhu..tapi itulah kenyataan yang harusku terima...Inilah yang dipanggil kawan sejati...semoga kami berjaya dalam hidup kami didunia dan akhirat....insyaallah...
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
KISAH MAKCIK DAN ANAK IKANNYA…

Sejak dua menjak ni banyak yang kita dengar kisah pompuan tua kawin dengan lelaki muda..hahahah…macam pelik kan?..tapi itulah yang berlaku sekarang ni…benda yang pelik boleh jadi popular..baik artis..personaliti..mahupun ahli sukan…ramai yang minat bela anak ikan…come on la makcik..come on la..guys…kalau korang pilih makcik-makcik..sape pulak nak pilih kita orang yang muda-muda ni…tak kan kita orang yang muda-muda ni nak cari pakcik-pakcik yang dah bongkok nak buat suami…hahaha plszz la….cuba bayangkan kalau perbezaan umur 3..4..tahun boleh gak tahan…ni ade yang sampai 10…15..tahun beza!! Tak ke giler name nya..kawin sekejap bini dah nyanyok....hahahah…kelako siod…tapi bak kata perpatah orang melayu..cinta tak mengenal usia…mungkin kah?...
Tapi bagi pandapat aku…memang cinta tak mengenal usia…sebab cinta tu datang dengan sendiri..kekadang kita tak pernah tengok muka orang tu hanya melalui chatting je kita dah jatuh cinta…boleh kah?...ini kan lagi kita kenal..selalu jumpe...dah tahu si dia macam mane…keikhlasan ..kebaikan..kejelitaan…kerana apabila hati sudah terpaut…cinta telah bersemi kita boleh tolak ketepi soal usia… begitu lah…manusia…



Photobucket
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Pengorbanan cinta~~

Hati kita chenta kat dia...

Bila dia kata kita jahat
terima saja apa yang dia kata,
Tapi bila kita kata dia jahat,
Dia melenting marah,
Hati berkata"sabar aje lah"


Hati kita chenta kat dia...

Bila kita tunggu dia lama call,buzz kat YM mahupun SKYPE
Hati berkata “takpe maybe dia busy nak study atau nak exam”
Tapi bila dia tunggu kita.... dia marah-marah”awak chat ngan sape? busy sangat sampai tak call!! or chat”
Hati kita berkata “ala dia marah sebab dia rindu sangat kat kita”

Hati kita chenta kat dia...

Kita tak tido pun takpe
Layan dia yang tengah bosan
Tapi bila kita bosan ada dia layan kita?
Hati berkata takpe dia busy kot...

Hati kita chenta kat dia...

Bila dia sakitkan hati kita,
Hati berkata’jangan ambik hati sangat maybe dia stress’
Tapi bila kita sakitkan hati dia,
Dia buat merajuk tak terhingga…
Hati berkata “takpe semuanya bermula dari kita”

Hati kita chenta kat dia...

Kita buzz dia kt YM mahupun SKYPE dia invi,
Hati berkata “maybe dia takde kat situ kot”..

Hati kita chenta kat dia...

Bila dia nak webcam dengan kita,
Walau kita sibuk kita layan,
Tapi bila kita nak webcam dengan dia,
Dia berkata “I nak tido ar”
Hati berkata “takpe laa tengok picx dia pun jadi lahh”

Hati kita chenta kat dia...

Bila dia nak exam kita rasa macam nak tolong jekk,
Tapi bila kita nak exam tanya khabar pun tidak,
Hati berkata ‘takpe maybe dia tak nak kacau kita’….

Hati kita chenta kat dia...

Bila kita bercuti ape yang kita cari starbucks
Sebab nak chat ngn dia..
Tapi bila dia bercuti jangan kata chat,..call pun tidak!,
Hati berkata ’ala kesian.. dia tak sempat’
...

Hati kita chenta kat dia..

Kita tak pernah pentingkan diri sendiri
Tapi dia hipokrit tahap cipan
Hati berkata takpe, terima dia seadanya..

Hati kita chenta kat dia...

Kita tak sanggup tengok dia derita
Tapi dia macam tak pernah hargai diri kita
Kita sanggup berkorban ape pun untuk dia..
Hati berkata, tau tak betapa kita sayangkan dia?

Hati kita chenta kat dia...

Kita sanggup berubah..untuk dia..
Dan jadi yang terbaik untuk dia..
Tapi adakah dia sanggup berubah untuk kita…
Adakah dia sayang kita?.
Hati berkata lelama dia berubah la..

Hati kita chenta kat dia...

Kita sanggup buat ape jek..untuk dia..
Kerana kita sayang dan chenta kat dia…
Dia lah buah hati pengarang jantung kita…
Chenta itu bute….




Photobucket
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
KE EGOAN MU KEBAIKAN KU,

Dimana keegowan mu?
Dimana kebaikan mu?
Apakah ia telah hilang?
Menjauhkan diri mu?
Dari diriku….
Dikala aku merinduimu…
Engkau!,
Mengikut sahaja kehendakku dan
Aku!
melayan sahaja kehendakmu,
Engkau!
Cukup bersabar dengan kelakuanku,
Aku!
membalas dengan kekutukkan manja,
Yang terkeluar dari kata-kata..
Engkau!
Melayan aku tanpa henti dengan kebosanan
Dan engkau..
seorang pendengar yang setia,
Aku!
hanya mementingkan diri ini
Untuk menghilangkan rasa bosan yang tanpa henti.
Kejamnya diri ini..
Tapi engkau!
Lagi kejam…setelah aku.
Benar-benar sayangkan engkau,
Engkau!
Menghilangkan diri tanpa alasan…
Kau meninggalkan aku sedirian..
Engkau!
Membuat aku separuh gila,
Mencari engkau entah dimana menghilang??
Aku!
mula merasakan mungkin keegoanmu itu kebaikanku…
selamat tinggal..selamanya~~



Photobucket
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Apa kata hati!!!
CINTA?
Kenapa harus ada cinta..
Sedang aku mencari…
Apakah ianya boleh…
MEMBAHAGIAKAN??

RINDU?
Ada apa dengan rindu…
Didalam aku memerlukan..
Adakah ianya datang…
Memberikan JAWAPAN??

SAYANG?
Apa perlu ke sayang…
Jika hati celaru..
Menayakan perlu ke sayang…
Sedang jiwa bertanya..
Bila kah ianya akan…
DATANG??

KASIH?
Dimanakah kasih itu..
Bila fikiran..mendua..
Apabila hati bertanya..
Mengapa harus CINTA?
Perlu ke RINDU?
Harus ader SAYANG?
Dimanakah KASIH?

BENCI?
Kenapa ada BENCI…
Adakah ia hadir apabila….
CINTA hancur?
RINDU hilang?
SAYANG pupus?
KASIH musnah?
Adakah ia..BENAR??

Apa ……
KESUDAHANNYE!!!
Ada BENCI…ada CINTA!
Ada CINTA…ada SAYANG!
Ada SAYANG…ada KASIH!
Dalam KASIH ada RINDU...



Photobucket
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Berkawan biar seribu…..
Berkasih biar satu…..


KAWAN~
Dimana kau bila aku memerlukan mu…
Tolonglah aku…apabila aku memerlukan pendapat mu..
bantulah aku tatkala aku dalam kesusahan….
Peganglah tangan ku apabila ku jatuh…
Tenangkan lah hatiku apabila aku keresahan…
Suapkan lah aku apabila aku kelaparan…
Pujilah aku dengan keikhlasan…
Terimalah aku seadanya..
Kau lah kawan baik ku…

KEKASIH~
Mencintai mu sepenuh hatiku..
kesetiaku menanti mu…
Aku sentiasa disisi mu kekasihku…
Hati ini hanya untuk mu…
Senyuman mu tersimpan didalam memoriku….
Merindui mu setiap masa…
Semoga tuhan membahagiakan kita selamanya…
Kekasih ku…hanya kau yang satu
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
PERANGAI YANG TAK BAIK TAPI POPULAR…

Tergedik-gedik macam ikan lompat dari balang…bila nampak pakwe yang cun-cun..yang ade market..yang dress up sikit…macam gitu lah pompuan zaman sekarang…but not me..cewahhh

Giler shopping…biar tak makan asal baju nak lawa..and branded..bila orang makan dia kata nak diet padahal nak simpan duit beli baju,handbag,kasut,makeup…bla..bla..bla..
Macam gitu lah pompuan zaman sekarang..but not me..ahaks!

Kuruskan badan..orang sekarang sanggup ikat perut,makan macam-macam ubat kerana nak cantik dan seksi…makan tak penting sebab nak lawa macam model lagi penting..but not me..wooohooo!

Perangai binatang..lebih baik dari manusia ni..binatang pun tak sanggup buang anak…tapi binatang bertopeng manusia sanggup buang anak kat tepi longkang..dalam sungai..kat tong sampah pun ada..ini bukan manusia lagi ni…ni super duper binatang…kalau aku jumpe manusia versi binatang ni aku siat kulit dia…erghhhh..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
MENYESAL DULU PENDAPATAN..MENYESAL KEMUDIAN TAK BERGUNA~~

Dalam suratkhabar ade tertulis yang keputusan PMR akan keluar pada 30hb..

Aku: waaaa…..debo wehh!!

Apakah keputusan aku nanti akan menggembirakan atau membuatku menangis?...
Selepas hari yang aku tunggu itu tiba…iaitu 30hb….
Di pagi yang hernin aku bangun awal…untuk ke sekolah untuk
mengambil keputusan PMR…tapi pagi tu sempat gak layan facebook..hahahah…
Jam menunjukkan pukul 10.45 pagi…

Mama pun dah siap untuk menghantar aku ke sekolah..

Mama: eyra cepat!!! awak dah sedia untuk ke sekolah ambik result awak?

Aku: dah mama…tapi debo weh!

Mama: hahahah…masa suruh baca buku dulu awk tak fikir debo?..

Aku: lantak lah…apa-apa pun keputusan hari ni kena terima ar sebab benda dah buat…huhuhuh

Setibanya aku di sekolah..

Aku:..nak turun ke tak nak..nak turun…ke tak nak…

Mama: awak nak suruh mama ambik ke awak nak ambik sendiri?

Aku: ishh takyah ar mama biar eyra ambik..sebab kalau mama ambik lagi teruk eyra kena marah…
Mama: okey..awak ambik..

Kaki aku pun melangkah keluar dari kereta..
Masuk ke dewan sekolah iaitu Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman..bila sampai disitu mata aku terus ternampak guru class aku iaitu Cikgu Julaiha..Cikgu Julaiha melihat aku dengan wajah macam sedikit hampa…wahhh!!
Hati aku makin bedebo..ape ni?...aku pon dihulur tiga keping kertas…2 kertas kuning dan 1 slip..aku bukak alangkah terkejut berok aku…dapat _A…_B…Fuhhh!!! Hampehhh
Malu ar aku….malu…malu…kawan-kawan aku dapat 8A tanpa B…tapi aku ade B…malu…malu…malu..wwwaaaaaaaaaa….
Rasa macam tak nak berjumpa dengan kawan-kawan sebab malu dengan mereka…
Aku pon terus masuk ke kereta…mama tanya..

Mama: macam mane eyra?

Aku: tak boleh 8A mama…huhuhu
Mama: habis boleh berape?

Aku pun hulurkan slip putih ke mamaku

Mama:hahahahh…padan muka awak!!!kan mama dah kata awak jangan leka..ni tak tenet 24jam…mycepeh apa tah…facebook la..prenster la…menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tak berguna..bla..bla..bla..bla…
Aku tak berkata apa-apa sebab aku tahu apa yang mama aku katakan itu memang betul..Rasa macam bersalah dan insaf kejap..huhuh..tapi sepanjang hari aku teruk kena kutuk dengan adik,abah,dengan mama sekali…tapi aku buat dekkk je..lek sudey..

Pengajaran~~ikut nasihat ibubapa..jangan degil demi masa depan yang sempurna untuk diri kita bukan orang lain
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
KISAH BUDAK YG SUKE BUAT KERJA “LAST MINUTE”

Aku katakan kisah ni takde kena mengena dengan orang lain…ni memang kisah benar yang terjadi kat aku…yang suka menangguhkan kerja tak kira kerja ape pun termasuk kerja sekolah aku,mahupun kerja kursus…Ade ke patut? aku boleh rilek lagi walaupun time tu exam dah nak hampir sangat……haishhh…tak patut betul aku ni…Tahun tu aku nak ambik exam PMR…masa trial keputusan aku memang terok abis ar…aku jadi panic takut pun ade..sebab exam dah nak dekat..

Aku :ape harus aku buat ni …

Aku :mati ar aku.. exam dah nak dekat”..

Aku :tolong!! Ape yang harus aku makan supaya otak aku jadi
pandai dengan cepat..

kepala ni mula pikir yang bukan-bukan…

Aku :ishhh..aku kena jumpe doctor ambik ubat biar otak aku ni cepat sikit terima ape yang aku baca…

Keesokkan harinya aku pergi jumpa doctor ditemani mama aku…atas alasan aku stress sebab nak exam..migrainlah ape lah..hahahah alasan aku macam logic gak..
Aku pun mintak la doctor ubat.

Aku :doctor.. ade tak ubat yang boleh buat orang bijak dengan cepat?....hahahha

Doctor tu tersenyum…dengan nada sinis dia jawab..

Doctor :ada.. tapi awak makan ubat tapi kena baca buku gak..

Aku :owh..ada rupanya ubat macam tu ekk…

Gembiranya aku time tu..YESS!!! selamatttt..
Balik dari clinic aku pun makan…
Sejam kemudian ~~

Aku : ehh tak de rasa apa-apa pon..

Aku :Ke tak cukup dos sebab badan aku tinggi and gemok gak ar…
Kena up sikit dos ni biar power sikit…sebab masa dah tak cukup… exam dah nak dekat…sangat…

Keesokkan hari lepas makan sarapan aku ambik ubat aku up dos ikut suke aku…hahahah aku makan 2 biji bersamaan dengan 1000 mg…giler aku..hahahaha
Lepas je makan.. hari tu mata aku terang pelik..tak mengantok seperti biasa…Boleh berjaga sampai lewat malam…memang kompom dos ni ngam dengan badan aku…

Aku: ehh.. baru cukup dos!!

Pada hari ke tiga…seperti selalu lepas sarapan aku ambik ubat untuk di makan(mengikut dos aku sendiri)…sampai lah hari ke empat aku makan ubat ikut dos aku sendiri..
Pada hari kelima lepas sarapan mama tanya..

Mama: eyra kenapa baru lima hari makan…ubat awak dah nak habis?...

Aku: eyra makan dua biji mama satu hari..sebab sebiji tak power ar mama tak rasa apa-apa pon…

Mama: ya allah eyra awak nak mati ke?makan ubat ikut dos awak!!!..dengan nada marah..

Sehari aku kena membebel dengan mama…

Pengajarannya~jangan lebih pandai dari doctor..hahahah



Photobucket
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Tahap pendidikan aku,

Pasal pelajaran pulak…Aku mendapat pendidikan awal di Tadika St Teressa,Kuala Terengganu.Kemudian aku berpindah ke Johor kerana ayah aku akan menyambung pelajarannye peringkat “master” di UTM,Skudai..Pada masa yang sama aku juga telah tukar tadika..di Tadika Happyland…Setahun kemudian naiklah aku ke peringkat sekolah rendah.Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Univercity 1,Skudai,Johor.Aku dan family aku menentap di Johor selama dua tahun setengah.Setelah ayah aku berjaya menerima “master degree”.Aku pulang semula ke kampung halaman aku iaitu Kuala Terengganu kerana ayah aku ingin menyambung pelajarannye ke peringkat “PHD” sambil berkerja dengan kerajaan negeri Terengganu.Aku tukar sekolah lagi,aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 sehinggalah aku menduduki peperiksaan “UPSR”..dan memperolehi result yang sederhana..untuk masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman..yang dikenali sebagai sekolah cluster ar kat Terengganu..Bersekolahlah aku disitu.Aku menduduki “PMR”pulak memperoleh result yang sederhana dan memperoleh kelas aliran sains tulen…Emmmm…sebut-sebut pasal sekolah dan pendidikan ni…bagaimana pula dengan cita-cita aku…Pasal cita-cita…orang macam aku ni ade ke cita-cita?hahaha….kalau berangan ape salahnye…hemmmm..aku nak jadi doctor…macam tu ke dipanggil cita-cita?Tapi untuk menjadi seorang doctor perlu berusaha keras tapi aku ni seorang yang berusaha keras ke?haihhhh…takkkk…sebab bab-bab baca buku ni seperti telah set dalam kepala otak aku sebab perkataan yang akan keluar dari mulut aku iaitu “malehhh”,”lekk luu”..Boleh ke? orang macam aku capai cita-cita..Insyaallah bolehnye kalau ade rezeki…untuk menyedapkan hati aku…hahaha
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Kisah diri ku,


Nama aku EZZEYRA.Aku lahir pada tanggal 23 Julai..Aku dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu..Aku merupakan anak sulung dari 3 adik-beradik…Aku mempunyai ayah dan mama yang caring dan sporting.Aku seorang anak gadis yang simple…Emmmm…”SIMPLE”.Adakah orang macam aku digambarkan simple?Mungkin….aku boleh digambarkan dengan simple sebab aku tak kesah dalam segala hal dan senang diajak berbual..cehhh perasan tol aku nih…hahaha..tapi kekadang aku ni cerewet jugak…haishhh..entahlah…Setakat itu sahaja lah latar belakang aku..
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS
Copyright 2009 bulan berbicara~~
Free WordPress Themes designed by EZwpthemes
Converted by Theme Craft
Powered by Blogger Templates